Saturday, April 5, 2014

HAID

HAID


1.Apakah Itu Haid?
2.Haid (Menstruasi)
3.Menjadi seorang wanita
4.Apa itu haid?

1.Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.
Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.
Haid saya yang pertama
#Kanak-kanak perempuan akan mula mengalami haid semasa berumur 8-16 tahun
#Purata umur seorang kanak-kanak perempuan mengalami haid adalah pada umur 12 tahun
#Menstruasi bermula apabila sistem pembiakan telah matang
#Ia berlaku hasil daripada tindak balas hormon yang berinteraksi dengan tubuh badan anda

Anda mengalami masalah dengan haid anda?
Ada masanya masalah mungkin akan timbul, contohnya:

#Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)
Ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum anda didatangi haid
Anda mungkin mengalami cepat marah, rasa sedih dan kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu
Anda juga akan merasa sebu dan sembap, sedikit sakit pada payudara dan jerawat mula timbul
Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan anda akan berasa lebih baik sehari dua selepas anda didatangi haid

#Senggugut
Ianya adalah perkara biasa semasa hari-hari awal haid anda
Ia juga dikenali sebagai dysmenorrhoea
Anda akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki
Senggugut boleh dilegakan dengan mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol
Jika sakit anda amat teruk dan berpanjangan, berjumpalah dengan doktor anda

#Haid yang terlalu banyak
Mungkin berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.
Apabila anda mendapat haid yang terlalu banyak, anda akan mengalami:
Pendarahan yang berpanjangan
Senggugut
Haid yang kerap dalam tempoh yang pendek
Sila berjumpa doktor anda jika anda mengalami haid yang terlalu banyak

#Tidak datang haid
Jangan risau, ia adalah perkara biasa bagi tahun pertama haid
Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur
Sekiranya seseorang wanita itu mengamalkan seks secara aktif, tidak datang haid boleh menandakan beliau mengandung
Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut

#Haid yang tidak teratur
Haid yang tidak teratur adalah haid yang tidak tetap:
Haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu lewat
Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan hormon yang menjadi punca haid yang tidak teratur
Jika masalah ini terjadi, anda dinasihatkan:
Menyimpan catatan dalam diari tentang kitaran haid anda setiap bulan
Mencatatkan tempoh masa setiap haid anda
Mencatatkan sama ada anda mengalami senggugut semasa haid

#Apa yang harus dilakukan semasa haid?
Ingatlah, haid adalah satu kejadian normal dalam kehidupan wanita.
Anda masih boleh bersenam dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari
Menjaga kebersihan dan menukar tuala wanita dengan kerap
Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seandainya mengalami senggugut
Menggunakan tampon dengan baik. Patuhi arahan yang diberikan

Note: Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah, pening kepala mahupun rasa kurang sihat semasa menggunakan tampon, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Anda mungkin mengalami keadaan serius yang dikenali sebagai Sindrom Kejutan Toksik.
Perlu kah anda mengambil ubat bagi haid yang tidak teratur atau haid yang terlalu banyak?
Ia perlu bagi memperbetulkan haid anda
Jangan mengambil ubat tanpa nasihat doktor
Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut

No comments:

Post a Comment